[SOAL/JAWAB] Doa Nabi Untuk Elak Mudah Lupa

Sunday March 24, 2013








Gambar Hiasan




Ibu saya yang mudah lupa. Apakah ada cara tertentu termasuk surah daripada al-Quran yang boleh diamalkan bagi membantu masalah dihadapi ibu saya ini?




Wawa, 

Selangor 








Antara cara yang boleh dilakukan supaya tidak mudah lupa ialah berdoa memohon kepada Allah SWT.





Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat pertama surah al-Mukminun, iaitu: �Allahumma zidna wa la tanqusna wa akrimna wa-la tuhinna wa a�tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu�thir 'alayna wa-�rdina wa �rda �anna.� 





Ia bermaksud: �Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta redailah kami dan redailah pula usaha kami.� (Ibnu Kathir, III: 237) 





Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang. Ia adalah doa supaya kita tidak lupa dan sentiasa ingat apa yang dipelajari demi mendapat manfaat.





Dengan itu anda boleh mengajar ibu anda doa berkenaan agar dia sentiasa ingat dan tidak mudah lupa di samping mendapat kelebihan lain sebagaimana dijanjikan Allah.





-Fikrah Dr. Salam



Labels